Selamat Mengunjungi Al Fadhni

Al Fadhni - Satu Pengenalan
Sekolah Tahfiz dan Rumah Anak Yatim Al-Fadhni adalah merupakan sebuah pusat sehenti yang berfungsi sebagai pusat pendidikan integrasi kepada umum dan pusat pentarbiyahan anak-anak yatim yang berteraskan Al Quran sepenuhnya.
Pusat ini yang baru memulakan pengajian pada Januari 2010 yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa dari seluruh Malaysia dengan menerima sehingga 100 permohonan kemasukan. Namun atas faktor lokasi yang terhad, pihak pentadbir hanya mampu menerima seramai 50 pelajar sahaja untuk sesi pengajian tahun pertamanya ini.
Bacaan lanjut...
Sistem Pengajian Al Fadhni
Sukatan Mata Pelajaran
Secara asasnya, sistem pembelajaran di Sekolah Tahfiz Al-Fadhni dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengajian Hafazan, pengajian akademik/ pendidikan Islam dan pengajian kitab Turath.
- Pengajian Hafazan
Pengajian di sini menggunakan satu sistem hafazan kaedah Al-Fadhni yang diadaptasi daripada kaedah hafazan sebuah madrasah tahfiz di Wadul Fadhni, Sudan. Kaedah ini telah terbukti dan berjaya melahirkan para huffaz melalui persediaan hafazan yang lebih sistematik dan berkesan.
- Pengajian Akademik/ Pendidikan Islam
Para pelajar akan mengikuti pengajian akademik yang menepati sukatan KBSR dan KBSM seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Matapelajaran asas tersebut adalah seperti berikut:
- Tauhid
- Feqah
- Akhlak/Tasauf
- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab
- Bahasa Inggeris
- Matematik
Bacaan lanjut...