"Kebajikan di dunia untuk kebaikan di akhirat"

Al Fadhni - Satu Pengenalan

19. April 2012, 18:11

Pengajian di Tahfiz Al Fadhni

Sekolah Tahfiz dan Rumah Anak Yatim Al-Fadhni adalah sebuah pusat sehenti yang berfungsi sebagai pusat pendidikan integrasi kepada umum dan pusat pentarbiyahan anak-anak yatim yang berteraskan Al Quran sepenuhnya.

Pusat ini yang baru memulakan pengajiannya pada Januari 2010, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para ibu-bapa di seluruh Malaysia dengan menerima sehingga 100 permohonan kemasukan. Namun atas faktor lokasi yang terhad, pihak pentadbir hanya mampu menerima seramai 50 pelajar sahaja untuk sesi pengajian tahun pertamanya ini.

Dengan berpegang kepada matlamat “berbuat kebajikan di sini untuk mendapat kebaikan di sana”, penubuhan pusat ini bukanlah berasaskan kepada keuntungan bahkan di atas kesedaran tentang peri pentingnya Al Quran diletakkan sebagai asas pendidikan secara total. Ini dapat dibuktikan dengan yuran yang dikenakan di sini adalah antara yang termurah di Malaysia.

Pengajian di Tahfiz Al Fadhni

Di samping itu, pusat tahfiz yang beroperasi di bangunan yang disewa daripada Masjid Kg. Lembah Jaya Selatan, Ampang, Selangor ini, menggunakan sistem pembelajaran hafazan yang diadaptasi daripada kaedah hafazan sebuah kholwah (pondok) yang dikenali sebagai Wadhul Fadni di suatu tempat di wilayah Sudan. Pengajaran di sekolah ini juga menerapkan pengajaran subjek akademik sebagai elemen pendidikan integrasi.

Di pusat ini juga, turut menempatkan anak-anak yatim yang terpilih untuk bersama-sama mengikuti pengajian tahfiz secara intensif. Namun demikian, pengambilan anak-anak yatim yang ditanggung sepenuhnya ini akan diambil berdasarkan kepada kemampuan kewangan Pusat tahfiz Al-Fadhni dan sumbangan orang awam dari masa ke masa.

Dengan kewujudan Pusat Tahfiz Al-Fadhni ini, diharap dapat memberikan suatu impak yang cukup signifikan ke arah melahirkan “Generasi Mukmin Al-Quran”.

Misi, Visi & Moto

MISI
Melahirkan pelajar yang mempunyai syakhsiah yang mulia dan berketerampilan serta mempunyai hafalan Al Quran yang kuat serta istiqomah dalam menjaganya disamping ilmu Diniah dan di ikuti pendedahan serta pemantapan kepada ilmu akademik kifayah semasa.

VISI
Membentuk Model Huffaz Yang Seimbang Serta Dapat Mendidik Masyarakat.

MOTO
“Membina Mukmin Qur’ani”

Matlamat Penubuhan

  1. Memberikan ruang dan peluang untuk masyarakat memberikan pendidikan kepada anak-anak berasaskan Al Quran.
  2. Mewujudkan satu cara pembelajaran yang seimbang dalam keutamaan ilmu-ilmu Islam dan ilmu akademik kifayah semasa.
  3. Memberikan kesedaran pada masyarakat bahawa pentingnya memulakan pendidikan anak dengan Al Quran.

Sejarah Ringkas Penubuhan

Sekolah Tahfiz Al-Fadhni adalah sebuah pusat sehenti yang berfungsi sebagai pusat pendidikan integrasi dan pentarbiyahan pelajar yang berteraskan Al Quran sepenuhnya. Ia dikelolakan oleh Wadul Fadhni Management; selaku organisasi yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran dan pengoperasian sekolah ini.

Pusat ini, yang baru memulakan pengajian pada Januari 2010, di bangunan yang disewa daripada Masjid Kg Lembah Jaya Selatan, Ampang, Selangor, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibu-bapa. Berikutan itu, bagi menampung permintaan daripada masyarakat maka pihak Sekolah Tahfiz Al-Fadhni telah membuka satu penempatan pelajar tahfiz peringkat sekolah rendah, di kawasan rumah kedai perindustrian Lembah Jaya, Ampang Selangor.

Dengan berpegang kepada matlamat Membina Mukmin Qur’ani, keuntungan bukanlah matlamat penubuhan pusat ini, bahkan ia bersandarkan di atas kesedaran tentang peri pentingnya Al Quran diletakkan sebagai asas pendidikan secara total. Ini dapat dibuktikan melalui caj yurannya yang cukup minimum.

Selain itu, pusat ini juga menempatkan anak yatim yang terpilih untuk bersama-sama mengikuti pengajian tahfiz secara intensif. Namun demikian, pengambilan anak-anak yatim yang ditanggung sepenuhnya ini akan diambil berdasarkan kepada kemampuan kewangan Pusat Tahfiz Al Fadhni dan sumbangan luar dari masa ke masa.

Kewujudan Pusat Tahfiz Al-Fadhni ini, diharap dapat memberikan suatu impak yang cukup signifikan ke arah melahirkan Generasi Mukmin Al-Quran.